top of page

Tanah Airku (2021)

  • Nov 18, 2024
  • 2 min read

Updated: Jan 2, 2025

Consolation in Middle School Essay Competition 2021

Saguhati dalam Pertandingan Esei Sekolah Menengah 2021



Tanah Airku

Ditulis oleh Jasmine Tan



Telah sampai beberapa bulan negara terpenjara dalam tangan kuasa penjajah. Sejak kedatangan mereka yang tidak diundang, masyarakat berhidup dalam titik masa berhitam. Masyarakat terpaksa menyertai peperangan bersenjata supaya dapat mencapai keamanan negara sekali lagi. Dengan susuk tubuh yang agak gempal tegap, ayah Imen juga tidak dikecualikan. Berita ini tidak membangkitkan berapa keselesaan daripada semua ahli keluarga Imen kerana peperangan ini telah merugikan ribuan nyawa.


Sebelum ayah bertolak dari tempat perlindungan mangsa-mangsa, beliau merenung wajah-wajah keluarganya pada kali terakhir. Mukanya dibanjiri oleh emosi, tetapi semangat kuat membakar ibarat api sempit dalam matanya. “Imen, jagalah mak dan adik-beradik sebaik-baiknya.” Sebagai seorang pemuda negara ini, Imen sudah berkuasa untuk membuat pilihan sendiri. Dia sedar bahawa penderitaan kehidupan penduduk masyarakat akibat ketewasan orang yang tersayang.


Semangat kerjasama dalam pahit getir marhaen ini hanyalah merupakan peristiwa yang menyalakan impian pemuda-pemuda untuk berjuang bersama demi mengembalikan kesejahteraan negara. Imen terasa tanggungjawabnya bukan sahaja untuk memastikan keluarga diri selamat, tetapi juga untuk mempertahankan pertiwi dan nusa tercinta daripada campur tangan kuasa lain. Oleh sebab itu, dia tidak menanggung masa untuk mengikuti rakan-rakan seangkatan ke dalam medan pertempuran.


Pertempuran yang tidak berhenti meletup-letup menyebabkan Imen sukar mengesan pemusuh. Peluru menghujani tapak kekalutan sambil mendiamkan tangisan ahli pasukan keselamatan satu demi satu. Setiap saat pernafasan membawa ingatan bahawa muka-muka pahlawan negara yang bersemangat termasuklah ayahnya. Fikirannya menekankan detik-detik silamnya dengan keluarga. Misalnya, senyuman adik-beradik sebelum musibah sekarang mencuri kegembiraan mereka. Nyalaan amarah Imen kian memerah, ibarat dicurah dengan minyak panas. Bangsa penakut tidak mempunyai hak kemerdekaan. Sebelum nasi menjadi bubur, dia perlu bertindak segera untuk mengekalkan masa hadapan negara.

Operasi pertahanan tersebut dilanjutkan secara sepanjang masa. Baru seketika mereka memasuki medan pertempuran, sudahlah ramai orang terjatuh. Entah-entah Imen masih berhidup lagi. Imen dan rakan-rakan seangaktan cuba mendekati lokasi kuasa penjajah. Tiba-tiba suara kuat berbunyi dari belakang. Mereka terlalu lambat melindungi diri daripada serangan. Dunia Imen berkelip-kelip apabila dia cuba merenggut realiti tanpa menghilangkan diri dalam kegelapan. “Maafkan aku berlepas daripada keluarga, bapa. Kita mestilah menghentikan ancaman kuasa penjajah untuk kebaikan semua…”


Sewaktu Imen membuka kelopak mata ke siling hospital, malapetaka bebulan telah diakhiri. Walaupun terjebak dalam kecederaan serius, puaslah hati Imen kerana kedua-dua ahli keluarga berjaya pulang dari peperangan. Di tengah-tengah tragedi orang lain, Imen sangat bersyukur atas nasib baik ini. Dunia sejahtera sekarang tidak dapat dicapai tanpa segala pergorbanan pahlawan negara. Pendek kata, kita wajarlah membimbing anak-anak muda agar mereka dapat menghargai pergorbanan pahlawan dahulu dan saling menyemarakkan semangat kerjasama semasa cabaran kerana seikat bagai sirih, serumpun bagai serai.

 

(411 patah perkataan)

 



 
 
 

Comments


bottom of page